Sunday 6 March 2011

Jom Kenali Sabah (Negeri Di Bawah Bayu)

Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang dan kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai bumiputera, terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antara berikut adalah sebahagian daripada kumpulan penduduk asli di Sabah :-


  1. Kadazandusun
  2. Bonggi
  3. Murut
  4. Tidung
  5. Kimarang
  6. Bajau
  7. Kwijau
  8. Paitan
  9. Lundayeh
  10. Kedayan
  11. Ubian
  12. Binadan
  13. Bisaya
  14. Kokos
  15. Rumanau
  16. Lotud
  17. Minokok
  18. Orang Sungai (Sungei)
  19. Rungus
  20. Tatana
  21. Tagaas
  22. Suluk
  23. Melayu
  24. pelbagai kumpulan etnik Filipina selatan
  25. Irranun
  26. Ida'an Brunei
Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Mereka menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan yang terbesar selepas kaum Kadazandusun.


Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu(seperti negeri lain di Malaysia), namun terdapat bahasa-bahasa lain yang ditutur; seperti Bahasa Kadazan, Bahasa Cina (Bahasa Mandarin, Bahasa Hakka), dan lain-lain. Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan utama, Bahasa Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku).



 Pakaian tradisional untuk wanita bagi suku kaum dusun di Sabah




Menunggang kuda juga adalah sinonim dengan suku kaum bajau di sabah



Salah satu rumah tradisional suku kaum Rungus di Sabah yang di panggil 'Rumah Panjang'

Lelaki ini dari suku kaum Murut yang tengah mengggunakan senjata tradisional mereka yang di panggil 'sumpit'



Walaupun di Sabah mempunyai ramai etnik kaum yang berbeza-beza adat resam, namun suasana atau keadaannya aman damai dengan satu suku menghormati suku yang lain.Meskipun di Sabah kemajuan di bahagian pedalamannya tidaklah semaju atau tarafnya tidak setanding kawasan pedalaman-pedalaman di bahagian semenanjung, namun mereka tiada merungut atau membuat demonstrasi tunjuk perasaan. Seolah-olah mereka lebih selesa dengan kehidupan yang penuh dengan kesemulajadiaan yang bebas dari pencemaran-pencemaran seperti yang telah berlaku di kawasan bandar. Itulah etnik Sabah.

2 comments:

  1. Pergghh!First time dapat taw byk sampai mcm ni!

    ReplyDelete
  2. Sy copy gambar2 di atas blh,mau smpan dlm banner persatuan anak negeri..:)

    ReplyDelete