Sunday 13 March 2011

Masyarakat Murut Bayar Berian Kahwin Sampai Mati !!!

Apa??? kawin dengan murut bayar berian sampai mati? betulkah? dan macam mana yang dimaksudkan berian sampai mati?....
Hal nie mengingatkan max dulu ketika bekerja di daerah Keningau Sabah. Hampir sebulan lebih max keja kat sana dan macam-macam cerita serta bermacam-macam pengalaman yang max dapat. Berbalik pada cerita yang mendakwa bahawa Masyarakat Murut di Sabah meminta berian pada bakal menanatu lelaki mereka Berian Sampai Mati.
Kalau nak kawin dengan anak dara dorang janji ada buat majlis makan-makan sikit, parti-parti sikit kira ok la tapi ingat! belakang hari sengsara si menantu lelaki membayar berian kahwin sampai mati. Max pernah bertanya pada seorang guru  yang berbangsa Murut di kawasan pedalaman Keningau, tak silap nama tempat tu Kg.Inandung. Cikgu tu cakap Berian Sampai Mati ni lain tau, dia bukan macam berian biasa, k simple nak faham macam nie, apa yang kau punya saya punya juga. Maksudnya, contoh bila korang beli rumah, kena beli 2 buah, satu korang punya dan satu lagi untuk mertua korang, beli tv contoh, kena beli 2 buah juga, pendek kata semua semua apa yang kita ada kena dibahagikan sama rata dengan mertua kita. Amacam? Teruk tak? hahaha....tapi apakah itu betul atau cuma cerita yang diceritakan dari mulut kemulut sehingga cerita nie di besar-besarkan? untuk mendapat kepastian, max sempat bertanya pada mereka dan jawapan yang max dapat bunyi macam nie "memeng betul. Itu tidak dapat dinafikan kerana ia adalah adat resam nenek moyang masyarakat tersebut. Tapi itu dulu, dimana kebanyakan masyarakat Murut masih lagi tidak mempunyai agama atau di panggil Pagan. Sekarang adat itu telah dimansuhkan dan tidak lagi di guna pakai kerana ia tidak lagi sesuai bagi masyarakat sekarang yang sudah jauh lebih maju berbanding mereka-mereka yang terdahulu." so, korang janganlah takut-takut nak mengurat dorang tau.........hahaha..

2 comments:

  1. Berian sampai mati yang selalu diuar-uarkan dalam masyarakat Murut adalah istilah yang menunjukkan bahawa Kaum Murut mempunyai peraturan mengenakan bayaran berian (Mas Kahwin) seumur hidup kepada sesebuah pasangan yang berkahwin dengan Kaum Murut.
    Istilah “BERIAN MATI” atau pemberian berbentuk barangan seumur hidup dalam kalangan Kaum Murut adalah TIDAK BENAR seperti yang diketahui umum.
    Istilah berian mati ini timbul apabila pihak ibu-bapa mentua seseorang itu datang membantu dalam melakukan apa-apa kerja anak menantu mereka seperti membersihkan ladang, membantu menjayakan majlis keramaian dan sebagainya.
    Maka pihak menantu wajar untuk meberikan imbuhan seperti memberi barangan atau wang ringgit kepada mereka. Pemberian barangan atau wang ringgit itulah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai berian mati dan bukannya meminta atau mengambil apa-apa barangan yang disukai apabila datang melawat ke rumah menantu.
    Selain itu, berian mati wujud apabila menantu lelaki tidak dapat melunaskan jumlah berian yang telah diminta semasa majlis perkahwinan. Baki bayaran berian ini akan dibayar secara beransur-ansur sehingga selesai seperti yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak.
    Oleh itu, pihak lelaki akan mencari barangan yang diminta oleh pihak ibu-bapa perempuan sehingga berjaya mendapatkan barangan tersebut dan memberikannya kepada ibu-bapa perempuan.
    Adakalanya, memakan masa yang lama bahkan bertahun-tahun mencari barangan antik sebagai hantaran perkahwinan ekoran daripada kesukaran untuk mendapatkan barangan-barangan yang diminta oleh keluarga pihak perempuan tersebut seperti gong(tawak), manik-manik (bungkas), tajau lama (tiluan,binungkul), sumpitan (sapok), padang panjang (pisau sinunsur) dan lain-lain.
    Tanggapan yang salah terhadap ‘berian mati’ perlu diperbetulkan dalam masyarakat majmuk di Malaysia kerana istilah berian mati telah membawa kesan negatif kepada Kaum Murut.
    Ini telah menyebabkan kaum yang lain menganggap Kaum Murut sebagai kaum yang materialistik atau suka mengambil kesempatan atau peluang terhadap anak menentu mereka.
    Sebenarnya pemberian barangan atau saguhati daripada anak menantu kepada ibubapa mertua adalah tanpa paksaan. Pemberian ikhlas dari menantu adalah sebagai membalas budi baik atas bantuan menyiapkan kerja-kerja berat.
    Tiada masalah sekiranya anak menantu tidak memberi sebarang barangan kepada kedua ibu-bapa mertua mereka.

    ReplyDelete
  2. Kalau statement ni betul,tak ragu2 la ni mengurat gadis murut..Tak bikin takut,ok macam biasa saja,seperti mana adat suku maum lain di sabah..Kalau masih lagi mereka(suku kaum murut)mengamalkan adat nenek moyang diorang sampai sekarang itu yang bikin trauma tu hahaha..Bikin hilang semangat mau mengurat gadis murut,kalau tanggapan semua itu tidak ada benarnya sekarang,ok nak start mencari awek murut ni mau mengurat mana tau ada jodoh hahaha,tapi bagus la kalau sangkaan semua tu tidak benar,maka suku kaum lain di sabah boleh la cari jodoh gadis murut ni,gadis murut ni cantik2,murut bilang ONSOI haha betul ka tu hehe,apa2 pun kita semua bangsa dalam sabah ni semua bagus2....

    ReplyDelete